Friday, November 5, 2010

Mari mengundi

Anda berminat mengundi ? blog kami turut menyediakan ruang ( vote ) untuk anda menjalankan undian.  Paparan yang disediakan ialah soalan lawak orang-orang lama yang jarang kita dengar masa kini. Selamat mengundi.


 
Undi anda dikira secara auto.

Thursday, November 4, 2010

PAUTAN - CLIK LAH SAYA.

Pengunjung yang budiman, kami sentiasa mengalu-alukan anda mendapatkan maklumat terkini daripada blog kami.  Anda juga boleh mendapatkan maklumat tambahan melalui pautan yang disediakan ( click lah saya ). 

Semoga imfo kami ini dapat membantu anda.  Terima kasih. 
   

Wednesday, November 3, 2010

SAMBUTAN HARI KELUARGA & KOKURIKULUM 2010

Sambutan Hari Keluarga dan Hari Kokurikulum anjuran PIBG SK Kampong Padang telah diadakan dengan jayanya pada 03 November 2010.  Alhamdulillah cuaca pada hari tersebut amat baik berbanding hujan yang turun tidak berhenti-henti selama seminggu sebelumnya.


 Acara perasmian majlis telah disempurnakan oleh Pn. Hjh Salmah bt. Harun, Guru Besar SK Kampong Padang.  Masyarakat setempat tidak melepaskan peluang untuk menjalani pemeriksaan tekanan darah secara percuma oleh Jabatan Kesihatan Daerah Baling.  Mereka juga dapat melawat gerai-gerai pameran yang diadakan oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta.


Agensi kerajaan dan swasta yang turut serta ialah Jabatan Kesihatan dari Pusat Kesitan Tawar, PDRM daerah Baling, Jabatan Pertahanan Awam, AADK daerah Baling, Bomba, Bank Rakyat dan Takaful Iklas.  Gerai-gerai jualan oleh unit beruniform turut mewarnai kemeriahan majlis tersebut dengan beraneka jenis jualan.

Semasa berucap dalam majlis tersebut Pn. Hjh Salmah mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telibat menjayakan majlis itu.



Pn. Hjh Salmah meninjau hasil gubahan peserta pertandingan.



Gerai pameran jabatan kesihatan



Jabatan Pertahanan Awam



AADK
PDRM



Takaful Iklas





Gerai jualan unit beruniform



Jamuan makan



Cabutan bertuah



Aktiviti tahun 2010



Di sini aku menimba ilmu - terima kasih cikgu.

Thursday, October 28, 2010

Hari Kokurikulum SK Kg. Padang

Sekolah Kebangsaan Kampong Padang akan mengadakan Hari Kokurikulum pada 03 November 2010 ( RABU ) bertempat di perkarangan SK Kampong Padang.  Pelbagai agensi turut mengambil bahagian bagi memeriahkannya. Agensi yang terbabit antaranya Jabatan Kesihatan, Bomba dan PDRM. 

Kelab, persatuan dan unit beruniform turut menjayakannya dengan beraneka gerai jualan.  Penduduk di sekitar daerah Baling bolehlah berkunjung ke sini.  Majlis akan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Melangkah Gagah ke Ambang 2011

Seribu azam, seribu tekad, seiring doa, ayuh jayakan misi dan visi sekolah kita.  Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, kami tak bisa berpaling lagi.  AYUH LAUNGKAN BERSAMA.
KAMI BOLEH !